Saturday, February 11, 2012

BAB 1 : KEDUDUKAN

1. Kedudukan : letaknya sesuatu tempat atau lokasi sesuatu objek.
2. Kedudukan terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
    (a) Kedudukan Mutlak
    (b) Kedudukan Relatif

(a) Kedudukan Mutlak
  • ditentukan dengan menggunakan lajur dan baris
  • lajur : garisan menegak yang dikira dari kiri ke kanan
  • baris : garisan mendatar yang dikira dari hadapan ke belakang
  • ianya dapat menentukan kedudukan secara tepat
       Koordinat
  • satu kaedah untuk menentukan kedudukan mutlak sesuatu objek
  • juga dikenali sebagai set nombor (cantuman nombor lajur dan baris)
  • merujuk kepada titik persilangan antara lajur dan baris
  • nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu dan diikuti dengan nilai baris
* Rujuk buku teks muka surat 3 [Salin Rajah 1.2]
* Buat Aktiviti 1 [Buku teks m/s 3]

(b) Kedudukan Relatif
  • ditentukan dengan menggunakan titik rujukan
  • kedudukan secara bandingan sama ada di sebelah kanan, kiri, hadapan atau belakang dari titik rujukan
  • titik rujukan : sesuatu objek yang dijadikan asas untuk menyatakan kedudukan tempat atau objek lain
* Sila salin RUMUSAN dari buku teks m/s 5
* Latihan 1 [Soalan 1], Latihan 2 [Soalan 1 & 2], Latihan 3 [Soalan 1 hingga 8] - m/s 6 & 7 

No comments:

Post a Comment