Arah Mata Angin
Rajah 2.1 : Arah mata angin
Arah dapat ditentukan dengan tiga cara, iaitu:
1. Arah matahari terbit di timur dan terbenam di barat
2. Kedudukan bintang-bintang pada waktu malam
3. Menggunakan kompas magnetik
Matahari Sebagai Penentu Arah
* Rajah 2.2 m/s 9
- Tangan kanan menghala ke arah matahari terbit, iaitu timur, manakala tangan kiri ke arah matahari terbenam, iaitu barat.
- anda menghadap ke arah utara, manakala belakang anda menghala ke arah selatan.
Kompas
- digunakan untuk menentukan arah mata angin dengan tepat
- dibuat daripada logam
- jarum kompas dibuat daripada magnet dan sentiasa menunjukkan ke arah utara disebabkan oleh tarikan magnet bumi
- mudah dibawa, ringan dan kecil
- semasa menggunakan kompas, ia perlu dijauhkan daripada benda yang diperbuat daripada besi seperti pagar dan tiang
- perlu diletakkan di permukaan yang rata
Menentukan Arah di Lapangan
Langkah 1
- Pilih satu titik rujukan. Biasanya titik rujukan ini ialah kedudukan seseorang pemerhati.
- Letakkan kompas magnetik di atas permukaan yang mendatar. Pastikan tidak ada besi/magnet lain yang boleh memesongkan jarumnya.
- Orientasikan kompas. Putarkan kompas magnetik itu sehingga huruf U bertindan dengan jarum utara.
- Tentukan arah. Arah objek dapat ditentukan dengan merujuk arah mata angin yang bertanda pada permukaan kompas.
* Latihan 1 [Soalan 1 & 2], Latihan 2 [Soalan 1 hingga 8] - m/s 12 & 13