Saturday, February 11, 2012

BAB 2 : ARAH

Arah : hala ke sesuatu tempat dari tempat yang lain

Arah Mata Angin

Rajah 2.1 : Arah mata angin

Arah dapat ditentukan dengan tiga cara, iaitu:
1. Arah matahari terbit di timur dan terbenam di barat
2. Kedudukan bintang-bintang pada waktu malam
3. Menggunakan kompas magnetik

Matahari Sebagai Penentu Arah
* Rajah 2.2 m/s 9
  • Tangan kanan menghala ke arah matahari terbit, iaitu timur, manakala tangan kiri ke arah matahari terbenam, iaitu barat.
  • anda menghadap ke arah utara, manakala belakang anda menghala ke arah selatan. 
Kompas
  • digunakan untuk menentukan arah mata angin dengan tepat
  • dibuat daripada logam
  • jarum kompas dibuat daripada magnet dan sentiasa menunjukkan ke arah utara disebabkan oleh tarikan magnet bumi
  • mudah dibawa, ringan dan kecil
  • semasa menggunakan kompas, ia perlu dijauhkan daripada benda yang diperbuat daripada besi seperti pagar dan tiang
  • perlu diletakkan di permukaan yang rata

Menentukan Arah di Lapangan

Langkah 1
  • Pilih satu titik rujukan. Biasanya titik rujukan ini ialah kedudukan seseorang pemerhati.
Langkah 2
  • Letakkan kompas magnetik di atas permukaan yang mendatar. Pastikan tidak ada besi/magnet lain yang boleh memesongkan jarumnya.
Langkah 3
  • Orientasikan kompas. Putarkan kompas magnetik itu sehingga huruf U bertindan dengan jarum utara.
Langkah 4
  • Tentukan arah. Arah objek dapat ditentukan dengan merujuk arah mata angin yang bertanda pada permukaan kompas.
* Sila salin RUMUSAN [Buku Teks m/s11]
* Latihan 1 [Soalan 1 & 2], Latihan 2 [Soalan 1 hingga 8] - m/s 12 & 13